Cart 0

Tafsiran Ayat Ayat Jilid 1

RM 58.00


Sinopsis

Di dalam kitab suci al-Quran al-Karim, terdapat 89 tempat di mana ayat-ayatnya dimulakan dengan ungkapan 'Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu...: Semuanya merangkumi 20 pelbagai surah-surah dalam al-Quran. Ayat seruan yang bermaksud 'Wahai orang-orang yang beriman...' ini merupakan seruan dan ajakan khas oleh Allah S.W.T terhadap golongan yang beriman dengan-Nya. lbnu Mas'ud RA berkata:"Apabila kamu semua mendengar firman Allah S.W.T yang berbunyi 'Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu,' maka dengarlah dengan teliti kerana padanya mengandungi kebaikan yang diperintahkan atau keburukan yang ditegah olehnye Ayat-ayat yang dimulakan oleh "Wahai orang-orang yang beriman" juga termasuk dalam kategori surah Madaniyyah iaitu merujuk kepada surah-surah yang diturunkan selepas peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah Munawwarah.

Buku ini mengumpulkan seruan-seruan tersebut dalam 2 jilid merangkumi pelbagai aspek dan hukum hakam yang berkaitan dengannya, serta huraiannya dengan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dimulakan oleh seruan 'Yaa Ayyuhal Laziina Aamanuu' seperti tafsiran oleh ayat-ayat al-Quran yang lain, huraian hadis-hadis Rasulullah SAW, penjelasan oleh Sirah Nabawiyyah dan pengajaran yang dapat dipetik daripadanya.


Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment