Terjemahan Sahih Al-Bukhari Jilid 2
Kitab Sahih Al-Bukhari ditulis oleh Imam Al-bukhari r.a atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail. Beliau merupakan tokoh pengumpul hadis yang agong dan terkenal pada zamannya. Buah tangannya iaitu Kitab Sahih Al-Bukhari menjadi warisannya yang amat bernilai kepada umat islam sehingga kini. Beliau berjaya mengemukakan hadis-hadis sahih pada darjah yang paling tinggi dalam kitab tersebut. Para ulama timur dan barat sepakat memberi galakan kepada Sahih Al-Bukhari sebagai kitab yang paling sahih selepas Al-Quran. Kitab Sahih Al-Bukhari mengandungi 7275 hadis termasuk hadis-hadis yang dikemukan berulang-ulang. Hadis-hadis ini merupakan sari pati yang sahih yang dipilih daripada 600,000 hadis yang didengar, dikumpul dan dikaji oleh beliau selama 16 tahun. Dalam jilid 2 terjemahan Sahih Al-Bukhari ini, dihimpun sejumlah 495 hadis sahih yang dibahagikan kepada 3 bab iaitu Kitab Al-Solat, Kitab Mawakit Al-Solat, dan Kitab Al-Azan.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|